pasti padang terap

pasti padang terap

Mr. zaini sopiah's picture

PERKARA SUNAT DI HARI RAYA

Selain bertakbir, terdapat beberapa perkara lain yang sunat dilakukan pada hari raya:

Menghidupkan malam hari raya dengan beribadah kepada Allah, seperti berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih, dan beristighfar pada sepertiga akhir dari malam itu, dan yang terbaik ialah menghidupkan seluruh malam itu dengan amalan tersebut.

Mandi, memakai wangian, memakai pakaian yang baik bagi lelaki seperti hari jumaat, bagi menzahirkan nikmat Allah dan bersyukur di atas nikmat tersebut. Ini kerana Rasulullah SAW mandi pada hari raya Fitrah, hari raya Korban, baginda memakai wangian pada hari raya, walau pun dari wangian isterinya.

 Makan dahulu sebelum keluar menunaikan solat pada Hari Raya Fitrah, tidak sunat pada hari Raya Korban. Disunatkan makan dahulu beberapa biji tamar (bilangan ganjil) pada hari raya Fitrah, dan dilewatkan makan pada hari raya Korban sehingga balik dari menunaikan solat, maka dia boleh makan masakan dari hasil korbannya, atau hasil korban orang lain, jika ia tidak berkorban.

Bertakbir ketika hendak pergi menunaikan solat sunat hari raya, selepas solat subuh, dengan tenang, bersopan dan dalam keadaan berjalan kaki, dengan keinginan untuk menambahkan pahala.


User login

Become a fan of TVpas on facebook.

Who recommended this?

No one's voted yet! Why don't you?

Who's online

There are currently 0 users and 7 guests online.

Who's new

  • Mr. Savannah Sava...
  • Mr. sheikh nawi
  • Mr. Numbers Numbers
  • Prof. Adrianne QN