Program Korban Fakir Miskin Muslim Melayu Champa, Kemboja

Program Korban Fakir Miskin Muslim Melayu Champa, Kemboja

Mr. Zahirul Nukman's picture

Assalamualaikum dan salam satu malaysia......

 
Alhamdulillah, hari ini aku nak warwarkan satu program yang baru sahaja bermula anjuran Kelab Guru ITQAN, iaitu Program Korban Fakir Miskin Muslim Melayu Champa, Kemboja.
 
 
 
Jadi, seramai 6 orang peserta telah terlibat dalam misi ke Kemboja kali ini. Rombongan mereka dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Cakna Ummah ITQAN NS.
 
Mereka yang terlibat ialah:
  1. Ustaz Wan Roslan bin Wan Ali (GPK Pembangunan Modal Insan ITQAN)
  2. Ustaz Mubarak bin Mohamad (Ketua Warden Asrama ITQAN)
  3. Sdr. Muhammad Zuhairi bin Abdul Ghapar (Wakil PAKSI ITQAN)
  4. Sdr. Muhammad Haziq bin Sanusi (Wakil PAKSI ITQAN)
  5. Ustaz Muhammad Jamil bin Othman (Pengetua SMAHMY)
  6. Ustaz Abu Bakar bin Musa (Pelajar Kemboja yang kini belajar di Pulau Pinang)
Pemergian mereka ke Kemboja kali ini adalah bagi menjalani ibadah Korban Aidiladha 1431H, di mana penulis dimaklumkan sekurang-kurangnya 25 ekor lembu akan 'tumbang'.
 
Selain itu, rombongan ke Kemboja ini juga bertujuan membangunkan pusat pendidikan dan penempatan di sana (Chanang, Kemboja) yang diberi nama Pondok Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Nurul Huda an-Naemat Darul Khusus, Chanang, Kemboja


Kepada seseapa yang ingin berminat untuk memberi sumbangan, anda kini boleh menyertai dengan dua cara: (1) Program Derma Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Kemboja, dan (2) Wakaf Pondok Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Nurul Huda an-Naemat Darul Khusus. Sebuah pondok boleh menampung seramai 15 orang pelajar dengan nilai RM500 sahaja.
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
 
  1. Pengetua ITQAN | Tuan Haji Zamani bin Ibrahim (019-626 1475)
  2. Yang Dipertua PIBG ITQAN | Tuan Haji Murat bin Naemat (019-661 7615/013-222 2466)
  3. Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan ITQAN | Ustaz Mad Hajat Din bin Mustappa (013-236 3820)
  4. Pejabat ITQAN (06-431 9598 (Tel)/06-431 9505 (Fax))
 
Sekian, segala kerjasama amat dialu-alukan....
 
p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H, Kullu 'amin, wa antum bikhair
 

User login

Become a fan of TVpas on facebook.

Who recommended this?

No one's voted yet! Why don't you?

Who's online

There are currently 0 users and 4 guests online.

Who's new

  • Mr. Lesley Lesley
  • Mr. Chadwick Chad...
  • Mr. Princess Prin...
  • Mr. Nicholas Nich...