APCO/Najib- Susah Sangat ke Nak Fikir

APCO/Najib- Susah Sangat ke Nak Fikir

Mr. Rakhim A. Hamid's picture

Assalamualaikum,

 

Sekarang ini suara-suara dari kalangan ahli politik umno/BN yg mempertahankan hubungan APCO dan najib/umno/BN semakin suram, sekejap kuat sekejap perlahan. Sangat kuat ketika di dalam Dewan Rakyat sehingga YB Karpal Singh di lontar keluar dewan selama 10 hari oleh sang speaker. Isu disini ialah najib/umno/BN hendaklah menyelesaikan perkara-perkara berikut:-

1. adakah benar hubungan yg didakwa oleh DSAI dan apakah justifikasi akan lantikan tersebut;

2. Jika benar, kenape perlu utk lantik APCO dan tidak firma lain iaitu yg tiada kaitan dengan Israel dan diktator dunia;

3. Kalau nak juga menggunakan APCO maka apakah jaminan kerajaan bahawa keselamatan negara tidak diperlekehkan akan "keselamatannya".

 

Maka, adalah perlu najib menjawab di Dewan Rakyat kerana ianya tempat dimana ianya perlu dijelaskan sebagai tempat tertinggi di negara dan disitu juga bermulanya soal pertalian APCO dengan najib/umno/BN dibawa oleh DSAI. Tak berguna untuk najib atau Rais Yatim atau sesiapa jua dari umno/BN hanya berani "melalak" di depan kamera TV1, TV2 atau TV3. Berikan hujah anda di Dewan Rakyat jika anda memang "berjiwa rakyat". Namun kini, kesimpulannya ialah apabila najib/umno/BN enggan menjawab tetapi "melalak" di kaca tv dan menghukum orang lain, i.e YB Karpal Singh, DSAI, maka jelaslah apa yg dianggap oleh Pakatan Rakyat dan Rakyat semuanya (kecuali umno/BN) adalah benar semuanya.

Persoalan seterusnya, apa yang kita akan jawab kepada negara-negara luar khusunya negara-negara Islam akan kedudukan negara kita dalam OIC dan polisi luar negara yang tidak mengikhtiraf Isarael. Jangan nanti orang melabelkan negara kita sebagai "negara pariah" dan tiada lagi dihormati di persada dunia.

 

Akhirnya, kepada ahli MP umno khusunya dan BN amnya (termasuk "MP Bebas") ingatlah bahwa sekarang bukan lagi zaman batu dan rakyat bukanlah "bodoh" seperti yang kalian fikirkan. Kepada YB yang beragama islam, ingatlah kita akan mati juga disuatu hari nanti. Jangan sampai malaikat Izrail (bukan israel) datang baru hendak bertaubat, bak kata orang tua2 "takut tak sempat nanti".

 

Fikir-fikirlah. Hidup ini akan mati juga akhirnya.


User login

Become a fan of TVpas on facebook.

Who recommended this?

  • Mr. imam malik (1)

Who's online

There are currently 0 users and 10 guests online.

Who's new

  • DR. Parthenia PY
  • DR. Marita CZ
  • Ms. Drusilla QB
  • Ms. Bernadette HG